Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Masjid Lama Sungai Bakap Terima Dana Persekutuan RM7 Juta

By 17 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir/Muhamad Zaini Dollah (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap, di sini semalam.

Pada majlis tersebut Perdana Menteri telah mengumumkan memperuntukan sebanyak RM7 juta.

Menurut Pengerusi Kariah Masjid Haji Mohd Khairi Hj Mohd lsa, jawatankuasa masjid telah berjaya mengumpul RM2 juta sebelum ini.

“Ditambah dengan peruntukan yang akan diterima oleh kerajaan persekutuan sebanyak RM7 juta ini, diharap dapat menampung dalam pembangunan masjid yang lebih selesa bagi kegunaan kariah di sini.

“Saya amat bersyukur dan terharu dengan pengumuman peruntukan oleh Perdana Menteri dalam Majlis Peluncuran Pembangunan Masjid Lama Sungai Bakap ini,” katanya.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

-ZS-

Tinggalkan komen anda