Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPerak

Mengenang Seniman Mamat Khalid

By 26 Julai 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Perak) 

IPOH, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Insan bernama Mamat Khalid pastinya tidak asing dalam industri seni tanah air apabila karya kreatifnya yang dicurahkan sama ada melalui filem atau penulisan mencipta fenomena luar biasa.
Biarpun pengarah filem terkenal ini telah kembali ke negeri abadi pada 24 Oktober 2021, namanya kekal mekar dan pasti diingati oleh seluruh masyarakat.

Program Sembang Santai Sutradara ‘MAMAT KHALID: Dalam Kenangan’ di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) pagi tadi menjadi wadah dan tanda ingatan khusus buat para pengikutnya yang sentiasa mengingati dan menghargai hasil seni Allah yarham.

Anak arwah, Mohd Khalid Amen berkongsi keperibadian ayahnya yang disifatkan sebagai seorang yang mesra dan banyak pengalaman hasil daripada tabiat suka membaca.

“Arwah seorang yang serius ketika bekerja namun sebenarnya adalah seorang yang kelakar apabila bersama keluarga.
“Pengalaman yang diperoleh ketika mengikut arwah bekerja sejak kecil membuahkan minat untuk berkecimpung dalam bidang perfileman seterusnya menyambung perjuangan arwah dalam bidang ini,” katanya selaku panel jemputan.

Sementara itu, Pengarah PPANPk Rafidah Abdul Aziz berkata, program yang julung kali diadakan di perpustakaan ini adalah bagi mengubah stigma masyarakat bahawa perpustakaan bukan saja tempat untuk membaca buku namun menjadi hab untuk mendapatkan informasi, ilmu, bersosial, berkomunikasi dan ruang untuk terapi.

“Justeru, objektif utama sembang santai dan pameran ini diadakan adalah untuk mengenali ikon perfileman Malaysia yang filemnya cukup menghiburkan selain membawa mesej yang positif kepada masyarakat.

“Penganjuran program ini adalah langkah pertama perpustakaan ini dengan harapan lebih ramai seniman dan anak seni negeri Perak dapat menyumbangkan hasil karya untuk disimpan dan dipelihara di perpustakaan,” katanya dalam ucapannya.

Turut serta dalam sembang santai ialah penulis dan pengkritik filem Hassan Muthalib serta pelakon yang membawa watak popular ‘Barkoba’ Bell Ngasri.

Tinggalkan komen anda