Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Sukan Erat Perpaduan

By 26 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Abd Halim Jumat (Jelebu)

JELEBU, 26 Jul (Malaysiaaktif) – Suasana euforia dan semangat penuh bergema di Stadium Mini Jelebu dengan berlangsungnya acara Kejohanan Bola Sepak Sukan Sekolah-Sekolah (MSSD) Daerah Jelebu.

Acara tahunan yang ditunggu-tunggu setiap tahun ini, lebih meriah dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Sukan bukan sekadar medium untuk mengukur kecerdasan ataupun gaya hidup sihat tetapi ianya memainkan peranan penting dalam memupuk perpaduan dalam masyarakat,” kata Hannah dalam ucapannya.

Beliau juga turut memperkenalkan inisiatif Rakan Muda yang diberikan nafas baharu dengan memperkenalkan 10 gaya hidup, selaras dengan cita rasa dan minat generasi muda hari ini serta memberi sumbangan 10 biji bola sepak baharu kepada setiap sekolah.

Selain itu ceramah tentang hala tuju untuk menjadi seorang pemain Harimau Malaya juga turut diadakan oleh pihak Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) bagi mendedahkan laluan kepada murid-murid sekolah yang berbakat untuk menyarung jersi kebangsaan.

Turut hadir Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Bakri Sawir.

Tinggalkan komen anda