Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Murid Kurang Upaya Teruja Sambut KMJG 2023

By 19 Julai 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff (Daerah Barat Daya)

PONDOK UPEH, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Walau kurang upaya, adik Saiful Muhaimin Jaafar, 15, tidak melepaskan peluang menyambut ketibaan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) tahun 2023, Peringkat Daerah Barat Daya, di sini pagi semalam.

Kehadirannya di Dewan Al-Khawarizmi bersama Pembantu Murid, Salina Ramli turut menjadi tumpuan lensa agensi media dan peserta-peserta Konvoi KMJG.

“Saya sangat seronok dan gembira kerana diberi peluang untuk bersama-sama dalam menggelorakan sambutan Hari Kebangsaan,” katanya.

Muhaimin cukup gembira menyanyikan lagu Jalur Gemilang bersama rakan-rakannya usai majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Barat Daya Che Mazlan Che Mat diiringi oleh Ketua Konvoi Sabri Said merangkap Pengarah Penerangan Negeri Pulau Pinang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh menjadi destinasi kedua kumpulan konvoi KMJG ini  singgah di Negeri Pulau Pinang sebelum pasukan ini meneruskan perjalanan menjelajah ke seluruh negara hingga konvoi dijadualkan berakhir pada 31 Ogos 2023 di Putrajaya.

Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) pada edisi kali ini adalah berkonsepkan ‘Penyerahan Jalur Gemilang’ dengan membawa Jalur Gemilang ke seluruh negara dan diserahkan di setiap sempadan negeri.

-ZS-

Tinggalkan komen anda