Laporan/foto: Yusoffirman/M. Yamuna
TEMERLOH, 18 Jul (Malaysiaaktif) – Seramai 20 penderma darah di Hospital Sultan Ahmad Shah, di sini bru-baru ini menerima anugerah sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka menderma darah.
Antara anugerah yang disampaikan adalah Anugerah Penderma Darah Aktif seramai 12 penerima, Anugerah Darah Harapan dua orang penerima, Anugerah Penderma Darah Komited seorang penerima, Anugerah Jasamu Dikenang seorang penerima dan Anugerah Penganjur Paling Aktif tiga orang penerima.
Pengarah HOSHAS Dr Nor Azlina Abdul Aziz dalam ucapannya, berkata Pusat Tabung Darah HOSHAS merupakan antara hospital yang berjaya membuat kutipan darah yang tertinggi.
“Tabung Darah HOSHAS berjaya membuat kutipan darah terbanyak sehingga mampu membantu hospital lain yang memerlukan, misalnya di Perak dan di Borneo,”ujarnya.
Beliau turut mengajak orang ramai menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan selain mendapat banyak manfaat daripada proses pendermaan darah tersebut.
-ZS-