Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

150 Keluarga Buloh Kasap Terima Bakul Makanan

By 1 Ogos 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Mohd Adib Syed Hassan (Segamat)

SEGAMAT, 1 Ogos (Malaysiaaktif) – Seluruh penduduk kampung diraikan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan anjuran Waqaf An-Nur bersama Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap di perkarangan Balai Raya Kampung Mensudut Lama Buloh Kasap, di sini kelmarin.

Pelbagai pengisian telah diaturkan oleh pihak urusetia sejak awal pagi antaranya gotong-royong mengecat balai raya, pembersihan luar dalam masjid, perkhidmatan gunting rambut percuma, klinik bergerak, kaunter pameran dan sebagainya.

Ketua Eksekutif Waqaf An-Nur Coporation Berhad Bukhari Abd Rahman, berkata program merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan pihaknya dalam menyantuni masyarakat setempat serta mengagihkan manfaat wakaf.

“Selain mengagihkan bantuan sebanyak 150 bakul makanan kepada mereka yang memerlukan, kami juga membantu membaik pulih rumah penduduk yang terpilih di bawah pembiayaan wakalah zakat perniagaan,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Datuk Zahari Sarip yang menyampaikan sumbangan cek cura RM1,000 daripada Waqaf An-Nur kepada Masjid Al-Bukhari Kampung Mensudut Lama, berkata hasil wakaf yang disumbangkan orang ramai memberi manfaat kepada orang lain.

“Dalam erti kata lain sumbangan masyarakat kepada masyarakat,” ujarnya ketika merasmikan program.

Menurut Ketua Kampung Mensudut Lama Mahadi Elias program tersebut membawa rahmat serta mendapat sambutan yang baik antara warga kampung dengan pihak luar.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Segamat Muhammad Lutfi Abas, Pentadbir Tanah Segamat Mohd Helmi Datuk Sa’ari, Timbalan Ketua Polis Segamat DSP Ng Swie Chait, Pegawai Kesihatan Segamat Dr Zaid Kassim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda