Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

801 Pelajar Mendaftar di Politeknik Kota Kinabalu

By 25 Ogos 2023Ogos 29th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Aqilah Ahmad/Politeknik Kota Kinabalu (Sabah)

KOTA KINABALU, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – 801 pelajar baharu Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah menyertai Minggu Transformasi Siswa Sesi I 2023/2024 bermula 20 Ogos 2023 bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang institusi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Sedafiat Sdn. Bhd, Datuk Hj Ag Buhtamam Hj Ag Mahmun kursus-kursus Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang sedia ada memberikan peluang kepada pelajar untuk mempraktikkan kemahiran mereka dan mendapatkan pengalaman sebenar di industri.

“Kemahiran yang anda ada sekarang perlulah digilap demi memastikan anda tergolong dalam pelajar yang berkemahiran tinggi, proaktif, produktif dan konsisten,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Minggu Transformasi Siswa Sesi I 2023/2024, di sini semalam.

Sementara itu, Pengarah PKK Dullah Muluk menyeru agar para pelajar memanfaatkan teknologi sedia ada untuk memastikan diri mereka dilengkapi dengan ‘resourceful-skills’.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Peter Mojuntin, Nikkodimus Peter, 18, merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik itu tidak menganggap status Orang Kelainan Upaya (OKU) menjadi penghalang buat dirinya berjaya.

“Saya berasa gembira kerana terpilih masuk ke PKK sebab saya amat minat dalam bidang hotel dan katering,” kongsinya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Akademik Abdul Razak Mohd Daim, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Ts. Saril Haji Yusop dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Muhammaddin Mohd Jair.

-ZS-

Tinggalkan komen anda