Skip to main content
MA

Jualan Rahmah Membantu Perbelanjaan Dapur Orang Kampung

By 2 Ogos 2023Ogos 8th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhasliza Hamzah

SEGAMAT, 1 Ogos (Malaysiaaktif) –  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menganjurkan Program Jualan Rahmah secara outdoor oleh Pasaraya KS MART di Dewanraya Kampung Gelang Chincin bagi membantu mengurangkan perbelanjaan barangan orang kampung.

Menurut Sahir Mohd Dani, 47, ada yang telah datang sebelumnya, datang lagi untuk berbelanja ekoran harga barang yang ditawarkan lebih murah berbanding harga di pasar raya.

“Beli di Jualan Rahmah sangat jimat, kalau boleh Jualan Rahmah ini diteruskan setiap bulan di sini kerana kami tidak perlu ke bandar untuk membeli barang,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana program sebegini merupakan inisiatif yang baik kepada masyarakat berpendapatan rendah terutama yang berada di luar bandar.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah, Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Daerah Segamat Ramdan Fitri Nor, Jualan Rahmah ini bertujuan mempermudah masyarakat luar bandar mendapatkan barangan keperluan serta membantu mereka berbelanja.

“Lebih 60 jenis barang ditempatkan di dewan ini adalah lebih murah berbanding harga pasaran dan ia membantu mengurangkan bebanan masyarakat luar bandar,” katanya.

Program Jualan Rahmah yang diadakan selama dua hari ini mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Pejabat Ahli Parlimen Segamat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda