Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Hari Bersama Masyarakat@Chabau Rim Dekati Hati Rakyat

By 7 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Farhana Azman/Muhammad Zarul Afify (Jasin)

JASIN, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Program Hari Bersama Masyarakat@Chabau, Rim Di Hatiku, di sini Sabtu lalu mendekati hati rakyat di Rim dengan pelbagai aktiviti pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

“Saya begitu teruja dapat berjumpa dengan masyarakat terutamanya di sini.

“Program seperti ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan lebih kerap kerana ianya memudahkan urusan harian masyarakat setempat serta tidak perlu memandu jauh untuk ke Pekan Jasin,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Khaidirah Abu Zahar.

Menurutnya, pelbagai agensi dan jabatan kerajan bersedia membantu menyelesaikan pelbagai urusan masyarakat sepanjang program berlangsung.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima banyak permohonan baharu dan pembukaan akaun baharu Tabung Haji telah berjaya diselesaikan.

“Insya-Allah, saya akan bawa Hari Bersama Masyarakat ini ke kampung-kampung di DUN Rim ini,” katanya.

Antara aktiviti menarik program ialah Jualan Agro Madani daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), kaunter pameran dan edaran bahan penerbitan, risalah dan poster daripada Pejabat Penerangan Daerah Jasin, pemeriksaan kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jasin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda