Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Agensi Pengurusan Air di Malaysia Siap Sedia Hadapi El-Nino

By 19 Ogos 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/LUAS

SHAH ALAM, 19 Ogos (Malaysiaaktif) – Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan semua negeri di Malaysia sedang melaksanakan langkah-langkah yang wajar untuk menghadapi El-Nino yang bakal tiba.

Dalam satu kenyataan hari ini, LUAS menyatakan perkara berkenaan dibincangkan ketika Mesyuarat Bersama Agensi Pengurusan Sumber Air Negeri di Malaysia yang diadakan di Pulau Pinang pada 17 hingga 18 Ogos.

Menurut kenyataan berkenaan, agensi-agensi negeri ini sedang beralih daripada kerangka bahagian atau badan kepada penubuhan organisasi yang lebih lengkap berstruktur.

“Ia termasuk dilengkapi dengan punca kuasa enakmen dan peraturannya sendiri seperti LUAS, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Lembaga Sumber Air Terengganu (LAUT).

“Ini adalah perkembangan yang positif agar pengurusan sumber air negeri dapat ditingkatkan keberkesanannya dan ruang lingkup kawalan serta penjagaan sumber air dapat diperluaskan,” kata kenyataan tersebut.

Kata kenyataan itu lagi, mesyuarat kali pertama tahun ini telah dihadiri 16 agensi pengurusan air seluruh negara yang dihoskan oleh Bahagian Kawal Selia Air Negeri Pulau Pinang (BKSA PP).

“Perkara lain yang dibincangkan adalah penerokaan hasil daripada sumber air negeri yang bertindak sebagai kawalan dan pendekatan negeri-negeri dalam menguruskan sumber air serta pemeliharaan persekitaran sumber air dan biosfera,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda