
Laporan/foto: Krisha Selladurai/NurHazirah Izzaty Saharul ‘Azahar (Pejabat Daerah Pontian)
PONTIAN, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Festival Jong Antarabangsa Daerah Pontian 2023 berjaya mengeratkan hubungan Malaysia, Indonesia dan Singapura.
“Festival dan Pertandingan Jong ini perlu diadakan setiap tahun untuk mengeratkan keharmonian antara tiga negara bagi mengekalkan perpaduan dan tradisi permainan jong yang hampir pupus pada masa kini,” kata Ahli Parlimen Pontian Datuk Ahmad Maslan yang merupakan wakil rasmi Menteri Besar Johor, di sini pagi tadi.
Pertandingan Jong Antarabangsa yang berlangsung dari 1 hingga 3 September itu merupakan anjuran Pejabat Daerah Pontian, Majlis Perbandaran Pontian, agensi serta jabatan kerajaan Daerah Pontian bersempena Hari Kemerdekaan ke-66.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup Datuk Jefridin, Pegawai Daerah Pontian Zainal Eran.
-ZS-