Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pihak Sekolah dan PDRM Perlu Bekerjasama Mewujudkan Persekitaran Selamat

By 15 September 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

TANAH MERAH, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Pihak sekolah dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu meningkatkan kerjasama untuk membendung jenayah dan mewujudkan persekitaran yang selamat.

Menurut Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Pasir Syed Razali Syed Akil, sekolah dan PDRM mestilah sentiasa bekerjasama untuk membenteras aktiviti jenayah sama ada di sekolah atau di luar sekolah.

“Pihak polis amat diperlukan bagi membendung kegiatan jenayah di sekolah seperti kes buli, peras ugut dan sebagainya supaya minat pelajar terhadap pelajaran tidak terganggu dengan anasir luar,” katanya ketika ditemui Program Hari Koperasi, Kokurikulum Sekolah dan Sambutan Penutup Bulan Kemerdekaan 2023 di sekolah berkenaan semalam.

Sementara itu, pelajar Wan Nur Anis Syarieza Wan Mohd Hanan, 16, program tersebut memberinya peluang untuk mendekati pihak polis dan merasai tugas serta tanggungjawab mereka semasa menangani jenayah.

“Saya kagum dengan komitmen polis mencegah jenayah tanpa mengira tempat dan masa.

“Tahniah dan syabas kepada pihak polis kerana berjaya menjaga keselamatan negara,” katanya penuh bersemangat.

Seorang lagi pelajar, Muhammad Haiqal Mohd Sharil, 13, dari Kampung Bendang Nyiur, di sini, berkata beliau amat teruja dan terharu apabila diberi peluang menaiki motosikal polis trafik dan merasai kecanggihan peralatan moden.

“Rasa macam anggota polis pula apabila berada di atas motosikal ini,” katanya.

Turut diadakan pameran oleh agensi kerajaan dan swasta seperti Bomba, Jabatan Penerangan, Unit Tabung Darah Hospital Daerah Tanah Merah dan Air Kelantan Sendirian Berhad.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda