Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

SMK Rantau Juara Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Sembilan

By 14 September 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamilah Sulaiman Nasution (Negeri Sembilan)/Mohd Khairulnizam Yunus

REMBAU, 14 Sep (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau telah meraih gelaran Juara Pertandingan Sketsa Rukun Negara Peringkat Negeri Sembilan 2023.

SMK Rantau telah menewaskan lima kumpulan yang turut berentap merebut gelaran tersebut yang diadakan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, di sini semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Chembong Datuk Zaifulbahri Idris pertandingan yang berkonsepkan penghayatan Rukun Negara ini bukan sahaja dapat menyuntik semangat patriotisme, malah turut menyuburkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, bangsa dan agama terutamanya generasi muda.

“Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda