Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Jejak Kasih ‘Class of 1966’

By 21 Oktober 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Haimi Harris

PEKAN, 21 Okt (Malaysiaaktif) – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Pemasyhuran Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, di sini semalam.

Menariknya, Baginda turut berkenan bertemu dengan rakan-rakan sekelas baginda dari tahun 1966 ketika baginda memasuki darjah satu.

Salah seorang rakan sekelas naginda, YM Tengku Mastura Tengku Baharom Shah, berkata tuanku aktif dalam bidang sukan dan seorang yang sangat baik ketika berada dalam kelas.

“Tuanku aktif dalam sukan, dan sewaktu darjah tiga, tuanku mewakili sekolah dalam pasukan bola sepak,” katanya ketika mengimbau kenangan bersama Yang di-Pertuan Agong.

Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa sekitar 30 minit dan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan sekelas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda