Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor
PONTIAN, 20 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah mengadakan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Pencegahan Bunuh Diri Peringkat Negeri Johor 2023 di Dewan Jubli Intan Pontian semalam, melibatkan seramai 200 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah dan orang awam.
Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor Dr. Haji Mohtar Pungot@ Haji Ahmad, kes bunuh diri bagi Negeri Johor yang dicatatkan pada pada tahun lepas (2022) adalah menurun iaitu seramai 115 kes berbanding 140 kes yang di catatkan pada tahun 2021.
“Antara punca yang direkodkan adalah konflik rumah tangga atau hubungan pasangan, penyakit kronik dan isu kewangan yang mana semua ini memberi impak negetif terhadap kesihatan mental seseorang,” ujarnya.
Tambahnya, pihak JKNJ sentiasa melaksanakan aktiviti pencegahan melalui pendidikan kesihatan samada secara fizikal di sekolah-sekolah dan komuniti, juga secara maya melalui radio, siaran langsung di Facebook dan juga webinar.
Program yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti forum dan pameran kesihatan mental.
-ZS-