Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

MAIWP Diseru Terus Turun Padang Jejak Asnaf

By 16 Oktober 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diseur terus komited untuk turun padang menjejaki para asnaf bagi mendengar secara langsung masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat dan mencari penyelesaian yang terbaik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, menyeru pihak MAIWP sentiasa turun padang dengan lebih kerap untuk melihat sendiri dan memahami masalah asnaf.

“Inilah yang sentiasa diulang-ulang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertekad untuk menoktahkan masalah kemiskinan tegar yang didapati masih membelenggu golongan rakyat tertentu di negara ini,” katanya semasa berucap pada Program Kembara Asnaf, di sini semalam.

Jelas beliau, MAIWP telah memainkan peranan utama di Wilayah Persekutuan dengan merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan ummah melalui aktiviti-aktiviti yang merangkumi sektor ekonomi dan sosial masyarakat Islam selaras dengan hukum syarak.

“Antaranya MAIWP membantu golongan asnaf menjana pendapatan melalui program tanaman cendawan dengan menyediakan tapak tanaman cendawan kepada lima orang asnaf yang terpilih di kawasan tanah milik MAIWP Kampung Sungai Buton.

“Pembinaan Kompleks Sekolah Menengah Agama (SMA) MAIWP Labuan di Kampung Sungai Bedaun yang sedang dilaksanakan bernilai 53.8 juta dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

“Inisiatif terbaharu MAIWP Labuan ialah agihan makanan berbungkus melalui usahawan foodtruck dalam menyantuni asnaf, golongan terjejas dan golongan B40 untuk mendapatkan bekalan makanan percuma di samping meningkatkan ekonomi usahawan asnaf yang mengusahakan foodtruck,” jelasnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda