Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

‘Bamboo Rafting With Me’ Santuni Masyarakat Orang Asli

By 7 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhazliza Mod Din/Norhayati Shamsu Anuar (Gua Musang)

GUA MUSANG, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Persatuan Kebajikan Rakyat Gua Musang (PANTAS) mengadakan program ‘Bamboo Rafting With Me’ untuk menyantuni masyarakat Orang Asli di Kampung Podek, di sini kelmarin.

Menurut Penaung PANTAS Asharun Uji, program bertujuan mendekatkan hubungan antara masyarakat luar dengan orang Asli di sini.

“Selain daripada merapatkan silaturahim kita dapat juga mendengar permasalahan mereka dan terus menyatakan setiap permasalahan mereka kepada Menteri,” katanya.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam ucapan perasmian, berkata beliau akan membantu menyelesaikan setiap permasalahan yang diutarakan oleh penduduk di sini.

“Program seumpama ini amat bagus dan perlu diadakan setiap tahun,” katanya.

Uniknya program kali ini ialah seramai 70 orang peserta menggunakan jalan air dengan menaiki rakit ke Kampung Podek.

Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti penyerahan bakul makanan, penanaman anak pokok dan sebagainya.

Jabatan-jabatan dan agensi di daerah ini turut bersama-sama menjayakan program.

-ZS-

Tinggalkan komen anda