Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

BeSS Martabatkan Kebersihan dan Keselamatan Pengusaha Makanan dan Minuman

By 30 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Pengiktirafan ‘Bersih, Selamat dan Sihat’ atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan pengusaha menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.

Antara elemen yang dipertimbang bagi memperolehi BeSS adalah peralatan, persekitaran, pengendali makanan dan pengendalian makanan yang disimpan secara selamat dan bersih.

Kebersihan dan keselamatan makanan oleh pengusaha industri makanan boleh meningkatkan keyakinan para pengunjung yang datang melawat ke negeri Perlis.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perlis Dr. Ismuni Bohari, berkata senarai pengiktirafan pengusaha makanan yang mendapat pengiktirafan BeSS ini akan dikemaskini melalui laman sesawang rasmi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis.

“Pegawai-Pegawai daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan daripada JKN Perlis sentiasa bersedia membantu membimbing para pengusaha makanan dalam mengetahui panduan penyediaan makanan bagi mendapat pengiktirafan BsSS ini,” ujarnya ketika Sesi Dialog Bersama Agensi Pembimbing, di sini semalam.

Sejumlah 84 jumlah pengusaha makanan di seluruh negeri Perlis memperolehi Sijil Pengiktirafan BeSS daripada JKN Perlis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda