Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

SPPi’23 Jelebu Platform Pamer Inovasi Pelajar

By 30 November 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Khairul Othman (Jelebu)

JELEBU, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi 2023 (SPPi 23) Peringkat Parlimen Jelebu dilihat sebagai platform mengetengahkan kreativiti dan inovasi para pelajar di daerah ini.

Penasihat Kolej Komuniti Jelebu Noor Azmi Yusof, berkata penganjuran program ini membuktikan bahawa warga Kolej Komuniti Jelebu sentiasa komited dalam usaha mengembangkan idea dan inovasi dalam pelbagai bidang khususnya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selaras dengan visi untuk menjadi peneraju insititusi TVET yang unggul.

“Program seumpama ini akan memberi peluang kepada para peserta untuk berkongsi hasil penyelidikan dan inovasi masing-masing seterusnya memberi manfaat kepada masyarakat Jelebu di samping ia diangkat ke peringkat lebih tinggi pada masa akan datang,” katanya di sini semalam.

Acara yang berlangsung selama tiga hari ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan dengan penyertaan daripada Kolej Komuniti Jelebu, Maktab Rendah Sains MARA Kuala Klawang, Kolej Vokasional Kuala Klawang serta beberapa buah sekolah rendah dan menengah di daerah ini.

Pengarah Kolej Komuniti Jelebu Ishamuddin Ishak, berkata antara bidang penyelidikan dan inovasi yang difokus ialah TVET, Sains Sosial, Sains Teknologi, Teknologi Pembinaan, Pemasangan elektrik, Teknologi Makanan dan Sistem Komputer dan Rangkaian.

“Harapan kami agar SPPi’23 akan menjadi pemangkin ke arah pembudayaan pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar dan rakyat Jelebu amnya sejajar dengan bidang perkembangan bidang TVET masa kini dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) bertepatan dengan tema SPPi’23 iaitu ‘Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi Akar Umbi Pemangkin TVET MADANI’,” katanya.

Turut hadir wakil Ahli Parlimen Jelebu, Noor Azmi Yusof merasmikan seminar tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda