Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Entrepreneur Run @ Sik’ Platform Pelajar Tonjol Bakat Usahawan

By 15 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)/Kolej Komuniti Sik 

SIK, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Peserta daripada Kolej Komuniti Baling mengungguli Entrepreneur Run @ Sik yang berlangsung di sekitar Pekan Sik, di sini semalam.

Selain Kolej Komuniti Baling, acara itu turut disertai oleh 40 peserta yang mewakili Kolej Komuniti daripada seluruh negeri Kedah.

Pengarah Kolej Komuniti Sik, Zahrul Zakaria, berkata program ini bertujuan menerapkan pembudayaan keusahawanan yang bukan sahaja seronok tetapi juga bermanfaat.

“Setiap peserta perlu melengkapkan tugasan keusahawanan yang diberikan dalam larian sejauh 3.6 kilometer.

“Selain daripada memberi pendedahan dalam bidang perniagaan, program ini juga bertujuan bagi melahirkan usahawan yang mempunyai tahap kecergasan yang tinggi,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Keusahawanan PolyCC Negeri Kedah dan Perlis, berkata ilmu pengurusan perniagaan perlu diterapkan dalam diri setiap pelajar agar mereka kekal tabah mendepani sebarang cabaran.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda