Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Lawatan Agong dan Putera Monaco Beri Impak Besar kepada Kuala Gandah

By 30 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: YusoffIrman/Sh. Nurrul (Temerloh)

TEMERLOH, 30 Nov (Malaysiaaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Monaco Putera Albert II berkenan berangkat  ke Kuala Gandah  melawat Pusat Konservasi Harimau Malaya (MTCC) dan Kuala Gandah National Elephant Convservation Center, di sini kelmarin.

Lawatan ini memberi impak positif bukan sahaja kepada perhubungan Malaysia-Monaco malah kepada penduduk di Lanchang terutamanya penduduk Kuala Gandah dan sekitarnya yang pertumbuhan ekonomi pelancongan dilihat semakin baik dan memberi sumber pendapatan tambahan kepada penduduk di sini.

Seorang penduduk Abdullah Mamat, 55, berkata lawatan Tuanku Agong kali ini memberi peluang perniagaan kepada beliau yang mengusahakan perniagaan inap desa di Kampung Bolok Hilir.

“Sambutan terhadap inap desa yang diusahakan amat menggalakkan terutama apabila ada lawatan seperti ini,” ujarnya.

Lawatan sehari Tuanku Agong bersama Putera Monaco itu bermula dengan lawatan ke Pusat Konservasi Harimau MTCC dan kemudianya ke Pusat Konservasi Gajah Negara.

Turut sama menyertai lawatan tersebut adalah Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Rata-rata pengunjung berpuas hati dengan kedua-dua pusat konservasi itu yang diselia rapi oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda