Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Monumen Menara Jam Tugu Council Negri

By 14 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/video: Liu Mei May/Mohamad Nazree Yakup
BINTULU, 14 Nov (Malaysiaaktif) – Monumen Menara Jam Tugu Council Negri yang terletak di bandar Bintulu ini telah dibina bagi memperingati mesyuarat pertama Council Negri yang diadakan di sini pada 8 September 1867.
Persidangan yang pada awalnya dikenali sebagai Majlis Umum itu telah dipengerusikan oleh Charles Brooke dan dianggotai oleh 21 ahli-ahli Majlis iaitu 5 orang pegawai British dan 16 orang ahli kaum Melayu dan Melanau yang membantu dalam mentadbir wilayah-wilayah di bawah jajahan Rajah Brooke di kawasan-kawasan persisiran.
Persidangan ini telah menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sebagai dewan perundangan tertua di Malaysia.
-ZS-

Tinggalkan komen anda