Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Pesta Loy Krathong Bukan Sekadar Sebuah Perayaan

By 28 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Azian Saad (Pendang)

PENDANG, 28 Nov (Malaysiaaktif) – Pesta Loy Krathong merupakan satu perayaan yang disambut oleh penganut beragama Buddha Siam pada bulan 12 Takwim Qamari Thai.

Acara mengapungkan bakul berbentuk bunga teratai di dalam bekas daun pisang ini dipercayai diamalkan oleh masyarakat Siam sebagai menunjukkan rasa terima kasih kepada dewi air bernama Phrae Mae Khongkha.

Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Wong Chia Zhen, berkata sambutan diadakan agar setiap kaum di negara ini dapat memupuk persefahaman dan meraikan bersama-sama perbezaan yang ada.

“Saya berharap komuniti setempat dapat menjalankan aktiviti dan program dengan lebih aktif bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi memelihara budaya, kesenian dan kebajikan masyarakat Siam,” katanya semasa merasmikan Pesta Loy Kratong Peringkat Negeri Kedah di Wat Chindaram Kampung Senara, Mukim Rambai, di sini semalam.

Sambutan yang amat menggalakkan terutamanya dalam kalangan masyarakat Siam dan pelbagai kaum di daerah ini dimeriahkan dengan limpahan lampu berwarna-warni.

Turut hadir Timbalan Speaker Negeri Kedah Abdul Razak Khamis, Pegawai Daerah Pendang Nasrun Datuk Mohd Sheriff, Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Prihatin Kedah Anoca dan Ketua Sami Wat Chindaram Kampung Senara.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda