Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tol Percuma Seksyen 6 WCE Bermula Esok hingga 2 Januari 2024

By 20 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (WCE)

KUALA SELANGOR, 20 Nov (Malaysiaaktif) – Pengguna Projek Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan menikmati perjalanan tol secara percuma bermula esok, 21 November sehingga 2 Januari 2024.

Menteri Kerja Raya Alexender Nanta Linggi, berkata pemberian tol percuma Lebuhraya WCE melibatkan Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa.

“Tol percuma ini diberikan kepada pengguna yang memasuki Lebuhraya WCE Seksyen 6 dari Plaza Tol Bandar Bukit Raja Utara ke Plaza Tol Assam Jawa atau di kedua-dua arah,” katanya ketika merasmikan jajaran baharu Lebuhraya WCE di Bukit Malawati, di sini hari ini.

“Selain itu, jajaran baharu itu dijangka menjimatkan masa perjalanan dari Kapar ke Assam Jawa yang mengambil masa 15 minit sahaja berbanding 45 minit sebelum ini.

“Pengurangan masa perjalanan selama 30 minit ini menjanjikan kemudahan dan keselesaan lebih baik kepada pengguna lebuh raya,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda