Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Agong Berkenan Rasmi Pemasangan Landasan ECRL Pertama

By 13 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zayana Isa/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 13 Dis (Malaysiaktif) – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan pemasangan landasan ECRL yang pertama, di sini kelmarin.

Menteri Pengangkutan Malaysia Anthony Loke dalam ucapannya, berkata Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan Port City (KPC) merupakan titik permulaan bagi pelaksanaan pemasangan landasan ECRL memandangkan proses pengilangan peralatan dan komponen-komponen landasan bertempat di KPC.

“Tapak ini menempatkan pusat kawalan ‘Construction Railway Operation Control Centre’ (CROCC) bagi memantau kerja-kerja pemasangan landasan ECRL serta depot kereta api ECRL pada masa akan datang.

“Justeru, kerja-kerja pemasangan landasan pertama ECRL dari KPC menghala ke Dungun, Terengganu yang melibatkan jarak 94 kilometer akan dilaksanakan dengan mesin pemasangan trek model ‘CCPG-500A’ buatan Yangtze Co. Ltd.,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) Wang Tongzhou, berkata penyempurnaan pelancaran ini merealisasikan era baru untuk proses pembinaan infrastruktur mega kereta api ECRL di Malaysia.

“Kami akan meneruskan usaha dengan mengukuhkan dedikasi untuk kecemerlangan, keselamatan dan kesinambungan komuniti yang mana inspirasi kami adalah untuk mencipta sistem pengangkutan rel yang merangkumi aspirasi Malaysia terhadap masa hadapan yang terhubung,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda