Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Cukai 10 Peratus Hanya Melibatkan Barangan Import Harga RM500 ke Bawah

By 18 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Malaysiaaktif) – Cukai jualan 10 peratus bagi pembelian dalam talian yang berkuat kuasa 1 Januari depan hanya melibatkan produk-produk diimport bernilai RM500 ke bawah kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

“Cukai 10 peratus ini terpakai hanya untuk produk-produk yang diimport dari luar negara bernilai RM500 dan ke bawah.

“Jadi, ini untuk tingkatkan daya saing produk-produk tempatan dan tidak ada kesan kepada produk-produk dalam negara kita yang dibeli secara dalam talian,” katanya.

Menurut Fahmi, yang lebih penting untuk dijelaskan pelaksanaan cukai ini hanya terpakai bagi produk-produk diimport yang dijual secara dalam talian di Malaysia.

“Produk yang dihasilkan dalam negara tidak terkesan, jadi saya harap ini dapat kurangkan salah faham dalam kalangan masyarakat tentang cukai tersebut,” jelas Fahmi ketika ditemui pada Program ‘Reuse, Educate, Nurture and Empower with Waste’ (R.E.N.E.W) di Dataran Sri Angkasa Jaya, Pantai Dalam, di sini semalam.

Ujar beliau lagi, maklumat lanjut berkenaan cukai terhadap barang import nilai rendah atau LVG itu boleh dirujuk di laman sesawang rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (http://www.customs.gov.my/ms).

Sementara itu, Kerajaan juga akan memantau dari semasa ke semasa untuk pastikan rakyat khususnya penjual dan pembeli yang laksanakan transaksi dalam talian benar-benar faham dan apa kategori produk yang terkesan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda