Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Hasil Kerja Tangan Izaan Zamir Jadi Rebutan Orang Kenamaan

By 18 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad/Mohd Hairul Bakar (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI 18 Dis (Malaysiaaktif) – Bermula sekadar hobi membuat kraf kulit di rumah, Izaan Zamir Ismail, 35, kini menjadi pembuat barangan kraf yang menjadi rebutan dalam kalangan orang kenamaan, jabatan kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan.

Pemilik syarikat Talisman Studio, kini mampu berbangga dengan pendapatan bulanan mencecah RM10 ribu sebulan hasil kerja tangan pembuatan pelbagai aksesori lelaki dan wanita, cenderamata korporat, hiasan dalaman rumah dan kraf dengan menggunakan teknologi potongan laser cut dan buatan tangan.

“Bermodalkan RM15 ribu hasil wang simpanan sebagai arkitek, kini saya lebih menumpukan perhatian menghasilkan produk daripada kulit lembu, kambing dan kerbau yang mudah didapati di pasaran tempatan.

“Saingan yang kurang dalam bidang ini membuatkan saya mudah untuk memasarkan produk yang dihasilkan, tambahan lagi harga yang ditawarkan juga amat berpatutan setanding dengan kualiti yang dihasilkan,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda