Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Jualan Agro Madani Tawar Produk Segar

By 8 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Malini Md Yunos/Sapar Sutir (Rembau)

REMBAU, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Lebih 200 orang penduduk mukim Lubok China di sini hadir membeli barangan keperluan asas seperti beras,minyak, telur, ayam, ikan, sayur-sayuran dan  lain-lain di program Jualan Agro Madani, hari ini.

Jualan yang diadakan di Rumah Rakyat Lubok China itu melibatkan penyertaan 19 orang usahawan FAMA bertujuan memudahkan penduduk mendapatkan bekalan produk segar pada harga yang berpatutan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Suhaimi Aini, penganjuran program dicadangkan diadakan setiap minggu kerana penduduk hadir kerana harga yang ditawarkan lebih murah, munasabah dan berpatutan berbanding pasaran.

“Kita seharusnya melaksanakan program Jualan Agro Madani secara kerap mengikut kesesuaian demografi kawasan supaya lebih ramai orang dapat berbelanja produk segar secara terus.

“Terima kasih kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang turut mengadakan jualan beras putih tempatan 10 kilogram pada harga RM26.00  sebanyak 500 kampit pada hari ini,” ujarnya.

Menurut seorang pengunjung Shafiq Rahim, 42, Jualan Agro Madani ini sangat baik kerana Lubok China agak jauh dari pecan berdekatan.

“Apabila ada program sebegini penduduk mudah untuk mendapatkan bekalan bahan mentah segar seperti daging dan ayam.

“Malah, beras tempatan juga boleh dibeli dengan kuota dua kampit seorang serta harga produk lain pun munasabah,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda