Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Selangkah ke Alam Dewasa Bersama Kerajaan Negeri Pahang

By 20 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin

PEKAN, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 258 kanak-kanak melangkah ke alam dewasa dengan menyertai program Berkhatan Anak Pahang Daerah Pekan yang berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj, di sini semalam.

Program yang diilhamkan oleh Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bertujuan membantu mengurangkan kos perbelanjaan khususnya kepada golongan B40.

Menurut Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Datuk Dr. Haji Zulkifli Haji Ali program seperti ini diadakan bagi membolehkan golongan B40 di negeri Pahang mendapat faedah hasil pendapatan negeri Pahang yang memberangsangkan sejak 2022 dan 2023.

“Sekiranya JAIP diberikan tanggungjawab lagi untuk menganjurkan pada tahun hadapan, JAIP bersedia untuk menggalasnya,” ujarnya.

Menurut ibu kepada dua orang peserta berkhatan Nurul Aini Mohamed Jaris, 37, beliau amat berterima kasih kepada kerajaan negeri Pahang yang memberikan peluang kepada mereka.

“Secara tidak langsung telah menjimatkan sebahagian perbelanjaan bulanan kami sekeluarga.

“Alhamdulillah saya dapat menjimatkan RM220 kos berkhatan dua orang anak saya dengan adanya program berkhatan anjuran kerajaan negeri Pahang,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda