Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Operasi Khas JPJ bersama AADK Perlis

By 20 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Penguatkuasaan Dadah (AADK) Negeri Perlis telah menjalankan Operasi Khas (Ops Kenderaan Komersial Bersepadu) di Kilometer 26 Jalan Kuala Perlis-Changlun, semalam.

Menurut Pengarah JPJ Perlis Fatimah Haji Mohamed Ali Piah operasi melibatkan seramai 40 anggotanya dan 10 orang anggota AADK.

“Operasi ini memfokuskan kepada kenderaan komersial bagi kesalahan teknikal termasuk ujian air kencing bagi mengesan pemandu-pemandu sekiranya mereka mengambil bahan bahan terlarang seperti dadah ketika pemanduan,” ujarnya.

Tambah Fatimah lagi, melalui rekod Puspakom sepanjang Januari hingga Disember tahun ini, sebanyak 50 buah kenderaan komersial telah gagal di dalam ujian pemeriksaan brek dan kenderaan tersebut telah dilarang berada di atas jalan raya sehinggalah ia berjaya mengulangi ujian pemeriksaan brek tersebut.

“Rentetan daripada perkara tersebut ,Unit Keselamatan Jalan Raya dan Koporat (UKJRK) dan Bahagian Kejuteraaan Automotif JPJ Perlis telah mengatur gerak progam advokasi dan pemeriksaan di depoh-depoh kenderaan komersial dan stesen bas seluruh negeri bagi memastikan tahap pematuhan kenderaan komersial berada pada tahap maksimum,” jelasnya.

Sebanyak 150 buah kenderaan komersial telah diperiksa, 15 notis saman telah dikeluarkan dan hasil ujian air kencing mendapati tiada pemandu yang menggunakan dadah ketika memandu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda