Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Sesi Libat Urus Kementerian Komunikasi Lakukan Penambahbaikan Etika Kewartawanan Malaysia

By 19 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rahman Ishak/Kementerian Komunikasi (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 19 Dis (Malaysiaaktif) – Kementerian Komunikasi akan melakukan penambahbaikan terhadap Etika Kewartawanan Malaysia yang bersesuaian dengan amalan kewartawanan semasa daripada pelbagai aspek termasuk sosial, politik dan antarabangsa.

Etika Kewartawanan Malaysia (EKM) telah diperkenalkan empat dekad lalu pada 20 Mei 1989 oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Pertubuhan Editor-Editor Suratkhabar (ONE) sebagai iltizam untuk meletakkan bidang kewartawan di Malaysia berada pada tahap yang terbaik.

Sesi Libat Urus Penggubalan Etika Kewartawanan Malaysia 2024 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching di Kompleks Komunikasi di sini petang tadi itu turut membincangkan kaedah penambahbaikan Prosedur Tetap Operasi Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan.

Pensyarah School of Communication Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Rani Ann Balaraman hadir membentangkan draf EKM 2024.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa,  Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan pengurusan tertinggi Kementerian Komunikasi.

-RI

Tinggalkan komen anda