Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

14 PEDi Sedia Bantu Rakyat Perlis Daftar PADU

By 11 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 11 Jan (Malaysiaaktif) – 14 buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) terpilih kini bersedia membantu masyarakat di negeri Perlis untuk tujuan mendaftar Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Pengurus PEDi Felda Rimba Mas, Siti Alwani Mohd Fazin, 32, mengalu-alukan seluruh masyarakat di Perlis terutama bagi warga emas menjadikan PEDi sebagai salah satu pusat sehenti untuk membantu pendaftaran PADU.

“Kami di 14 buah PEDi mengalu-alukan masyarakat di negeri Perlis untuk turut sama menyokong usaha kerajaan dalam mendapatkan satu data raya yang lengkap bagi memudahkan kerajaan membuat keputusan pada masa hadapan,” ujarnya kelmarin.

Katanya lagi, setakat hari ini seramai 50 orang telah berjaya mendaftar di premis tersebut.

“Sambutan masyarakat mengikut jadual pada hari pertama agak kurang, mungkin kerana masih tidak sempat hadir.

“Namun pada hari ini agak ramai penduduk sekitar terutama yang berada dalam Felda Rimba Mas ini hadir dari awal pagi,” katanya.

Bagi mereka yang kurang mahir dengan mengisi data dalam talian atau kurang memahami soalan, kakitangan Jabatan Perangkaan Negeri Perlis turut bersama membantu selain petugas PEDi.

Siti Alwani mengajak masyarakat komuniti berhampiran untuk mendaftar PADU di seluruh PEDi berhampiran bagi membantu memudahkan hasrat kerajaan.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Perlis Hamka Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda