Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Kongsi Keceriaan Ketibaan Tahun Baharu Cina

By 29 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Kegembiraan ketibaan sambutan Tahun Baharu Cina dikongsi bersama 500 penerima baucer yang memerlukan.

Sumbangan berupa baucer RM100 kepada 300 penerima diperingkat Sri Sentosa dan selebihnya di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, berkata pada kali ini, pemberian baucer diberikan kepada penerima kerana mereka boleh membeli dan memilih sendiri barang keperluan yang mereka perlukan.

“Untuk tahun naga ini, saya berharap semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik, kuat dan banyak duit,” katanya, di sini semalam.

Tambahnya, kawasan Taman Sri Sentosa juga sedang diusahakan bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi seperti lif, tempat letak kereta dan sebagianya.

Seorang penduduk Chan Chow Mui, 62, berkata pemberian baucer ini dapat digunakan untuk membeli barang keperluan sempena Tahun Baharu Cina nanti.

Warga emas Yeong Swee Keng, 92, sangat gembira menerima baucer tersebut.

“Saya boleh beli barang keperluan untuk Tahun Baharu Cina nanti.

“Terima kasih Yang Berhormat Fahmi,” katanya.

Pesara tentera Loh Theam Chye, 67, sangat gembira dan berterima kasih atas baucer yang diterima.

“Semoga bantuan seperti ini diteruskan kepada golongan yang memerlukan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda