Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Aminuddin Ingatkan Supaya Menjaga Niat dalam Melaksanakan Tugas

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki (Tampin)

TAMPIN, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Negeri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Haji Aminuddin Harun semua penjawat awam di daerah ini berganding bahu bagi memastikan mutu perkhidmatan kerajaan di daerah Tampin semakin baik.

“Saya mengingatkan kepada semua penjawat awam agar menjaga niat dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sehari-harian, tidak kira di pejabat mahupun di mana-mana sahaja kita berada,

“Nilai integriti dalam kalangan warga kakitangan awam di daerah Tampin perlu diperkukuhkan dan dilarang sama sekali untuk membuka ruang kepada mana-mana individu melakukan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam kalangan kakitangan kerajaan,” katanya.

Aminuddin berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Pentadbiran Peringkat Daerah Tampin Bersama Menteri Besar Negeri Sembilanm di sini kelmarin,

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Mohd Zafir Ibrahim.

Pelbagai acara yang diadakan sepanjang perhimpunan berlansung antaranya kempen derma darah oleh Hospital Tampin, kaunter pendaftaran sistem PADU oleh Jabatan Perangkaan Negeri Sembilan dan banyak lagi.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda