Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Anak Wakil Ayah Terima Anugerah Hero Bomba

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Haziq Ruslain (Labuan)/JBPM Labuan

LABUAN, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Van Malik Gillian, 15, mewakili ayahnya Allahyarham Gillian Donald menerima Sijil Penghargaan Hero Bomba pada Majlis Perbarisan Tahunan 2024 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini kelmarin.

Pengarah JBPM Labuan Abd. Rahman Ali merasa kagum dan merakamkan ucapan penghargaan kepada pengorbanan Allahyarham Gillian dan enam penerima lain atas keberanian mereka.

“All citizens of the world can save a life” syabas dan terima kasih kepada tujuh orang wira-wira penyelamat yang kita raikan pada pagi ini kerana menunjukkan keberanian tinggi, semangat tidak mementingkan diri,” katanya ketika menyampaikan perutusan Ketua Pengarah JBPM pada majlis itu.

Pada 24 Januari lalu Allahyarham Gillian Donald, 41, sanggup bergadai nyawa meredah api sehingga mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan keluarga jirannya yang terperangkap dalam kebakaran di sebuah rumah teres.

Tindakan terpuji dan berani Gillian yang mendapat liputan meluas itu berjaya menyelamatkan tujuh sekeluarga termasuk kanak-kanak empat tahun dan warga emas berusia 67 tahun.

Pada majlis itu JBPM turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta, pengamal media dan orang awam yang memainkan peranan membantu menaikkan imej JBPM di mata masyarakat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda