Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Istiadat Pengebumian Negeri  Tun Taib Selamat Disempurnakan

By 22 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Farid Izwan/Cassidy Lisut Tubong

KUCHING, 22 Feb (Malaysiaaktif) – Suasana pilu dan sedih menyelubungi kawasan Perkuburan Keluarga Demak Jaya di sini, sebaik sahaja jenazah mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tiba di Masjid Demak Jaya sekitar jam 12.06 tengah hari tadi bagi menyempurnakan solat jenazah seterusnya Istiadat Pengebumian Negeri di Tanah Perkuburan Keluarga Demak Jaya.

Usai menunaikan solat Zohor, solat jenazah telah dipimpin oleh Imam Besar Negeri Sarawak Datuk Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Turut berkenan menyertai solat jenazah ialah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah, Yang di-Pertua Sarawak Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg.

Salah seorang orang awam yang sempat ditemu ramah dan hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Salbiah, 59, menyifatkan Allahyarham seorang pemimpin yang sangat prihatin dan banyak menyumbangkan jasa sepanjang 33 tahun memerintah Sarawak.

Istiadat Pengebumian Negeri selamat disempurnakan sepenuhnya pada pukul 2.50 petang tadi.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda