Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Sultan Brunei Berkenan Beri Penghormatan Terakhir kepada Allahyarham Tun Abdul Taib

By 22 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norlia Mili/Cassidy Lisut (Sarawak)

KUCHING, 22 Feb (Malaysiaaktif) –  Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah berkenan  memberi penghormatan terakhir kepada mantan Yang di-Pertua Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Baginda yang  berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pukul 10.53 pagi telah disambut oleh Timbalan  Premier Sarawak Datuk Amar  Awang Tengah Ali Hasan dan terus berangkat ke Masjid Demak sebelum hadir ke Istiadat Pengebumian Negeri di tanah perkuburan keluarga Allahyarham di Demak Jaya di sini.

Terdahulu, Sarawak menerima perkhabaran duka apabila mantan Yang di-Pertua Sarawak, Tun  Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta awal pagi semalam di Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham telah diterbangkan ke Kuching petang semalam menggunakan pesawat khas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk upacara Istiadat Pengebumian Negeri yang diadakan pada hari ini.

Premier Sarawak Datuk  Patinggi Tan Sri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg dalam sidang media semalam, berkata Allahyarham telah berkhidmat dengan cemerlang dan mengasas Sarawak sebagai sebuah negeri moden di bawah dasar politik pembangunan beliau

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda