Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Khatan Perdana: Bomba Batu Kawan Raikan Kanak-Kanak

By 13 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah/Mohammad Zuhairi Zulkifli (Seberang Perai Selatan)

BATU KAWAN, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 30 orang kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun diraikan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Batu Kawan dengan siraman air ‘hujan’ sempena Program Khatan Perdana Peringkat Surau Al-Falah Bandar Cassia, di sini kelmarin.

Menurut Pengerusi Surau Al-Falah Bandar Cassia Rosli Othman, pihaknya memanfaatkan cuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina yan jatuh pada musim cuti persekolahan untuk mengadakan program berkhatan perdana untuk anak ahli qariah surau tersebut.

“Yuran penuh program ini sebanyak RM180, namun peserta hanya dikenakan yuran sebanyak rm50 dan selebihnya ditanggung oleh pihak surau.

“Selain mandi ‘hujan’, kanak-kanak di bawa berarak pusing kawasan taman dan diberi sijil penyertaan sebagai sejarah serta pengalaman manis dalam hidup mereka di samping menghilang rasa takut menghadapi proses berkhatan,” katanya.

Menurut Rosli Othman lagi, program ini mendapat kerjasama dan penglibatan daripada semua pihak menunjukan kesepakatan serta keharmonian penduduk.

“Acara tradisi ini diharap akan menjadi acara tahunan memandangkan sambutannya yang cukup baik,” katanya.

Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan tidak melepaskan peluang membuka kaunter fizikal pendaftaran sistem Pengkalan Data Utama (PADU).

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda