Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Pantau, Tetapkan Peraturan kepada Remaja – Ustaz Yaakub

By 13 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Abd Aziz Osman/Mohd Ridhuan Fadhil (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 13 Feb (Malaysiaaktif) – Pendekatan dakwah kepada remaja pada hari ini perlu seiring dan bersesuaian dengan peredaran zaman sejajar perkembangan teknologi.

“Golongan remaja kini amat cenderung ke arah dunia gajet, permainan video dan sebagainya.

“Kita tidak boleh menghalang sebaliknya memantau dan menetapkan peraturan kepada mereka,” katanya.

Ahli panel Ustaz Yaakub Yusra berkata demikian dalam Forum Islam sempena Festival Islamik Pulau Pinang, di perkarangan Pasaraya Sunshine Bertam, di sini kelmarin.

Ustaz Yaakub yang juga Pengurus Murtadha Centre (MADAD) kini semakin mendapat tempat di hati anak muda kekal konsisten dengan pendekatan dakwahnya kepada golongan muda dengan bahasa yang mudah difahami.

Katanya lagi, remaja zaman sekarang tidak seperti remaja zaman 20 tahun yang lalu.

“Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW, didiklah anak kamu sesuai dengan zamannya.

“Cabaran ibu bapa hari ini ialah tidak tahu cara mendekati golongan itu yang dikatakan amat pelik dan berbeza dengan zaman remaja mereka dahulu,” katanya.

Hampir 500 pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan kumpulan nasyid popular UNIC.

Turut hadir berkongsi buah fikiran bersama golongan muda ialah Ustaz Haslin ‘Bollywood’.

Perkarangan Sunshine Bertam meriah dengan golongan muda yang hadir menjayakan jualan di Karnival Bertam Street Market yang beroperasi pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda