Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 17 Feb (Malaysiaaktif) â Perbadanan Labuan akan memberi lebih penekanan dan perhatian untuk mempromosikan Labuan sebagai destinasi pelancongan berasaskan 5S.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail, 5S merujuk kepada âSunâ, âSandâ, âSeafoodâ, âShoppingâ dan âSport Tourismâ.
â5S merujuk kepada âSunâ iaitu âSunriseâ fenonema matahari terbit dan âSunsetâ iaitu matahari terbenam, âSandâ pantai yang bersih dan panjang, âSeafoodâ makanan laut segar dengan harga yang munasabah, âShoppingâ pulau bebas cukai dan âSport tourismâ akitiviti sukan bagi memantapkan industri pelancongan di pulau ini sepanjang tahun 2024.
âDengan adanya 5S di Labuan ini, anda boleh menikmati pengalaman keindahan alam semulajadi yang ada di Labuan di samping menikmati makanan laut yang segar serta mampu beli yang sudah pastinya menjadi salah satu tarikan melancong ke Labuan,â katanya berucap semasa Majlis Makan Malam Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Games Ping Pong 2024 di sini semalam.
Beliau turut mengalu-alukan kehadiran semua atlet dan pasukan yang menyertai Kejohanan (MAKSAK) Games Ping Pong 2024 yang julung kali diadakan di Labuan.
âSaya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran para tetamu serta atlet daripada 15 ahli Gabungan MAKSAK Malaysia dan terima kasih atas sokongan padu serta kerjasama erat yang telah diberikan kepada MAKSAK Labuan dalam penganjuran program Kejohanan ini,â katanya.
Hadir sama menyerikan majlis adalah Ketua Setiausaha Negara merangkap Yang Dipertua MAKSAK Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam merangkap Timbalan Yang Dipertua MAKSAK Datuk Seri Wan Dahlan Abdul Aziz.
-ZS-