Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Program Jualan Rahmah Sentiasa Dapat Sambutan

By 19 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Parameswary Lekshmnan

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah (PJR) oleh pihak kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup sentiasa mendapat tempat di hati rakyat.

Pengusaha kedai makan Easah Mohammad, 62, berkata sebagai peniaga beliau sentiasa membeli barangan keperluan di PJR.

“Harga sangat berbaloi kalau beli semasa PJR, jauh beza dengan harga kedai,” katanya.

Choong Ngai Hang, 60, berkata program seperti ini sangat bagus.

“Selain dapat membeli barangan, kaunter-kaunter perkhidmatan yang disediakan dapat memudahkan urusan pengunjung yang hadir, terima kasih Kerajaan Madani.

Program Teh Hijau Kuala Lumpur yang diadakan setiap bulan bertempat di Stadium Bola Sepak, di sini adalah anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini mendapat sambutan oleh orang ramai khususnya penduduk di sekitar Cheras.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda