Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

RM520 Ribu Diluluskan JWP pada Lawatan Kedua Zaliha ke Labuan

By 19 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 19 Feb (Malaysiaaktif) ā€“ Sebanyak RM520 ribu diluluskan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) semasa lawatan kedua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa ke Labuan.

Menurut Zaliha, usaha itu bukanlah untuk jangka masa pendek tetapi merupakan satu usaha jangka masa panjang bagi memastikan manfaat dan limpahan ekonomi dapat dirasai rakyat Labuan.

ā€œKali ini merupakan kali kedua saya mengadakan lawatan rasmi ke Labuan dan sebolehnya saya akan turun ke Labuan setiap bulan bagi memberi fokus dan melihat sendiri perkembangannya agar hasrat kita bersama untuk melihat Labuan sebagai hab pelancongan, ekonomi dan pendidikan dapat dicapai.

ā€œProses ini pastinya memerlukan kesungguhan untuk melaksanakannya dan bulan lalu saya telah mengumumkan tiga ā€˜taskforceā€™ berkaitan pelancongan, jambatan Labuanā€“Sabah dan ā€˜transhipmentā€™ untuk mencadangkan penyelesaian jangka masa pendek serta jangka masa panjang kepada isu-isu tersebut,ā€ katanya semasa berucap pada Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan, di sini semalam.

Sebelum itu, beliau menyampaikan peruntukan tadbir urus berjumlah RM270 ribu kepada 27 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) melalui Perbadanan Labuan, Peruntukan Khas Wilayah Persekutuan berjumlah RM200 ribu bagi menangani masalah hakisan pantai di sekitar Tapak Lestari Niaga Kampung Tanjung Aru Nelayan dan RM50 ribu berupa input pertanian kepada Kebun Komuniti Kampung Layang-Layangan bagi pembinaan fertigasi meja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda