Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PUSPANITA LMS Anjur Program ‘Dari Wanita untuk Wanita’

By 19 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Afikah Rusly (LMS)/Mohammad Ezwandi (Perak)

TAIPING, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Program ‘Dari Wanita untuk Wanita’ menjadi cetusan idea sempena Sambutan Hari Wanita 2024 dan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping bagi Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Daerah Larut Matang dan Selama (LMS) di Zoo Taiping, pada Sabtu.

Pengerusinya Siti Nurzaya Hasan, berkata program ini diinspirasikan hasil cetusan idea para pengerusi PUSPANITA daerah yang kemudiannya dijalin gabungkan dengan pandangan dan kerjasama di peringkat Sekretariat Wanita Perak dan agensi serta individu, di daerah ini.

“Tujuan program ini diadakan adalah berasaskan kepada tiga objektif utama iaitu untuk menjalin dan memperkukuh hubungan serta rantaian di antara sesama PUSPANITA dan agensi lain di negeri Perak; meningkatkan pengetahuan dan pengalaman baru kepada peserta; dan mengemaskini input-input berkaitan dengan program dan dasar kerajaan.

“Bagi mencapai objektif tersebut, empat aktiviti utama telah dilaksanakan iaitu aktiviti ‘Animal Enrichment’, Kursus Penampilan Elegan, lawatan Jejak Warisan dengan menaiki bas elektrik (EV) dan lawatan rumah PUSPANITA LMS,” katanya.

Tambahnya, aktiviti ini juga berkait rapat dengan momentum sambutan ulang tahun Bandar Taiping selain selaras dengan ‘flagship’ daerah ini iaitu Hub Pelancongan Eko Warisan di bawah Pelan Perak Sejahtera 2030.

-ZS-

Tinggalkan komen anda