Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Terap Nilai Hormat dalam Meraikan Kepelbagaian Budaya – Shamsul

By 8 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Nurezzaty Ahmad Razimi (Port Dickson)

PORT DICKSON, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Negara kita kaya dengan pelbagai kebudayaan yang secara tidak langsung menerapkan nilai perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pegawai Sahabat Sekolah, Shamsul Kamal Abdullah, berkata nilai perpaduan dan kerjasama telah diterapkan di sekolah sejak prasekolah sehingga ke sekolah menengah.

“Penerapan ini bagi memastikan pelajar saling bekerjasama dan cakna antara satu sama lain dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Generasi muda kini terdedah dengan pelbagai ancaman dan program silang budaya merupakan antara langkah dalam memastikan generasi ini dapat mengekalkan jati diri yang kuat agar nilai yang telah dipupuk sejak kecil terus terpelihara,” katanya ketika hadir dalam Program Hari Perpaduan Silang Budaya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah, di sini semalam.

Hari Perpaduan Silang Budaya diraikan secara serentak di seluruh sekolah di Negeri Sembilan, kelmarin.

Ujarnya lagi, perkukuhan perpaduan dan saling berinteraksi mengikut kesesuaian itu penting agar perasaan syak wasangka tidak wujud dalam kalangan masyarakat.

Turut hadir Pengetua SMK Tanah Merah Adly Hazrami Masngand.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda