Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) Menyantuni Golongan Asnaf Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

By 3 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zulkarnain Rodzi/Noor Shameiza Abd Razak (Kota Setar)

ALOR SETAR, 3 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 150 orang kurang berkemampuan dan Orang Kurang Upaya (OKU) dari Daerah Kota Setar dan Kubang Pasu menerima sumbangan daripada Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) menjelang sambutan Perayaan Tahun Baru Cina.

Majlis Penyampaian Sumbangan yang berjumlah RM30 ribu ini diadakan di sebuah hotel, di sini semalam yang disempurnakan
oleh Toh Puan Bendahara Kedah Datin Seri DiRaja Puan Sri Dato’ Nora Abdullah dan Tunku Temenggong Kedah Dato’ Seri DiRaja Tan Sri Tuanku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah merangkap Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB).

Semasa berucap Datin Paduka Dato Tunku Hajjah Nafisah, berkata Yayasan Sultanah Bahiyah setiap tahun akan memilih daerah di negeri Kedah secara pusingan agar sumbangan dapat diberikan secara adil.

“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan persediaan untuk meraikan perayaan yang akan tiba.

“Yayasan Sultanah Bahiyah juga turut memberi sumbangan pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali demi menunjukkan semangat perpaduan dan toleransi,” ujarnya.

Di samping itu, majlis ini juga dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad turut
menyampaikan Sumbangan Geran Bantuan Usahawan Kecil Wanita bernilai RM34,660 berbentuk seperti mesin jahit dan peralatan spa yang diagihkan kepada tujuh orang penerima.

Turut hadir Pegawai Daerah Kota Setar Haji Hakim Arif Md Noor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda