Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Bubur Sum-sum Pembuka Selera di Bulan Ramadan

By 25 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rozaimi Herman Zakaria/Nooremmyza Rawat (Sepang)

TANJUNG SEPAT, 24 Mac (Malaysia Aktif) – Lazimnya bubur lambuk sinonim dengan bulan puasa namun berbeza dengan penduduk Kampung Endah, di sini apabila menyediakan bubur sum-sum sebagai juadah pembuka selera sempena bulan Ramadan.

Menurut Ketua Komuniti Madani Kampung Endah, Pairos Samudin, bubur sum-sum merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa.

“Kebiasaannya, amalan masyarakat Jawa selepas rewang atau kenduri, semua petugas yang terlibat di dalam rewang akan dijamu dengan bubur sum-sum sebagai pemulih tenaga.

“Kami telah memasak sebanyak tiga periuk dan menghasilkan 300 bekas bagi diedarkan kepada penduduk kampung,” katanya dalam program pertama anjuran Komuniti Madani Kampung Endah semalam.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Endah, Zulhamin Muhd Rus, berkata adalah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk mewujudkan kesejahteraan perpaduan di kalangan penduduk.

“Ia sejajar dengan konsep MADANI dan moto Kampung Endah iaitu ‘Kampungku, Kampungmu, Kampung Kita’,” jelasnya.

Program rewang memasak bubur sum-sum sempena program Jiwa Madani ini merupakan anjuran Pejabat Penerangan Daerah Sepang bersama Komuniti Madani Kampung Endah dengan kerjasama MPKK, Masjid At-Toyibbin, Persatuan Seni Silat Warisan serta Persatuan Belia dan Beliawanis Kampung Endah.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Sepang Rozaimi Herman Zakaria, Nazir Masjid Attoyibin Kampung Endah Shafie Mohamad, pemimpin dan penggerak belia, persatuan seni silat warisan serta penduduk kampung.

-AA-

Tinggalkan komen anda