Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Harga Juadah Bazar Ramadan Hulu Selangor ‘Mesra Pelanggan’

By 15 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohammad Al Hakim/Amir Rithauddin Roslan (Hulu Selangor)

HULU SELANGOR, 14 Mac (MalaysiaAktif) – Sepanjang bulan puasa ini penduduk-penduduk di Hulu Selangor berpeluang mengunjungi lebih 10 bazar Ramadan yang terdapat di seluruh daerah Hulu Selangor dengan pelbagai juadah dijual oleh para peniaga setempat.

Selain daripada menu-menu lazim berbuka seperti nasi berlauk, roti john, dan martabak, terdapat juga gerai yang menjual menu tradisi masyarakat tempatan seperti nasi ambeng, kuih tat bengkulu serta juadah tradisional negeri-negeri lain seperti nasi dagang, nasi kerabu, gulai asam pedas Melaka dan lain-lain lagi.

Walaupun situasi ekonomi negara masa kini tidak menentu namun rata-rata peniaga di bazar Ramadan sekitar Hulu Selangor masih menjual dengan harga yang ‘mesra rakyat’ dan mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.

Tinjauan di Bazar Ramadan Kalumpang mendapati kebanyakan gerai menjual makanan dan minuman dengan harga yang sama seperti hari-hari biasa seterusnya menambah keyakinan pelanggan untuk terus berbelanja.

Menurut Shiela, 46, kewujudan bazar Ramadan ini memudahkannya dan masyarakat setempat yang kesuntukan masa terutamanya individu yang berkerja untuk menyediakan juadah berbuka.

“Hari ini merupakan hari ketiga saya ke bazar Ramadan bagi membeli juadah berbuka untuk seisi keluarga dan saya amat berpuas hati dengan kualiti masakan, kebersihan serta harganya yang tidak membebankan,” katanya.

Secara tidak langsung penganjuran bazar-bazar Ramadan ini turut meningkatkan perpaduan dan keharmonian pelbagai kaum seterusnya menjana ekonomi peniaga-peniaga kecil di Daerah Hulu Selangor.

-ZS-

Tinggalkan komen anda