Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kempen Beg2Bekas Inisiatif Lestarikan Alam Sekitar

By 22 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Nashran/Azalina Abdullah (Kampar)

KAMPAR, 22 Mac (Malaysiaaktif) – Kempen Beg2Bekas menjadi salah satu inisiatif terbaik dalam menyokong amalan kelestarian dan kebersihan alam sekitar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji Angeline Koo Hai Yen, pelancaran kempen ini di Bazar Ramadan Daerah Kampar melibatkan penyerahan topi dan apron kepada peniaga serta pengedaran beg kitar semula dan mangkuk tingkat kepada pengunjung.

“Penyerahan topi dan apron tidak hanya meningkatkan profesionalisme peniaga dalam beroperasi tetapi juga membantu mengekalkan kebersihan tempat berdagang.

“Pengedaran beg kitar semula dan mangkuk tingkat pula adalah langkah yang sangat bijak untuk menggalakkan penggunaan semula dan mengurangkan pembaziran plastik,” ujarnya ketika ditemui di Bazar Ramadan Dataran Bandar Baru Kampar, di sini pada Rabu.

Tambah Angeline, inisiatif ini harus diteruskan dan diperluas ke tempat-tempat lain sebagai usaha bersama untuk memelihara alam sekitar dan memupuk kesedaran masyarakat tentang pentingnya amalan mesra alam.

Turut berlangsung pengagihan 1,000 kotak buah kurma kepada pengunjung dan peniaga.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kampar Nazrul Fazami Mohamad, Yang Dipertua Majlis Daerah Ahmad Suqairy Alias dan Ketua Polis Daerah Superitendan Mohamad Nazri Daud.

-AA-

Tinggalkan komen anda