Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kempen Kesedaran Keselamatan Makanan Bantu Peniaga Menyediakan Makanan Berkualiti

By 27 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Fazlan Shah

KUALA PILAH, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Kepentingan menyediakan makanan mengikut prosedur dan kaedah keselamatan makanan dilihat akan membantu peniaga menyediakan makanan yang berkualiti kepada pelanggan.

Justeru, usaha meningkatkan kesedaran ini kepada semua pihak wajar disambut terutamanya golongan peniaga agar masyarakat akan lebih yakin kepada proses penyediaan dan pemprosesan makanan di negara kita ini.

Menurut Pegawai Persekitaran Kanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Pilah Mohd Iskandar Noh, keselamatan makanan bukan hanya dilihat pada akhir produk itu disediakan atau dipamerkan namun bermula dari keadaan fizikal penyedia.

“Acapkali penyedia makanan baik secara individu, berkumpulan mahupun industri mengabaikan kepentingan memakai pakaian yang bersesuaian dan selamat dalam penyediaan makanan.

“Walaupun ada yang menggunakan sarung tangan, apron dan pelindung mulut namun tidak menitikberatkan kepada kesesuaian material yang digunakan” ujar beliau semasa ditemui dalam Jeyawara Bazar Ramadan di Dataran Kuala Pilah, kelmarin.

Beliau turut mengulas sikap mengabaikan aspek kualiti premis dan pameran makanan seperti tidak menutup makanan dengan baik seperti yang lazim berlaku dalam peniaga jalanan dan premis akan mengundang masalah kepada keselamatan makanan khususnya pelanggan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda