Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

RM2.8 Juta Bantuan Kasih Johor Manfaat 11,200 Pelajar 

By 4 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Shah Hood (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Johor memperuntukan RM2.8 juta untuk bantuan awal persekolahan menerusi inisiatif Bantuan Kasih Murid Johor yang memberi manfaat kepada seramai 11,200 pelajar yang kurang kemampuan di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri Aznan Tamin, berkata bantuan itu akan digerakkan mengikut 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai semalam sehingga 7 Mac 2024.

“Setiap kawasan DUN akan menerima peruntukkan sebanyak RM50 ribu dan akan diselaraskan oleh wakil rakyat DUN di kawasan masing-masing.

“Bantuan yang akan diterima berupa barangan keperluan asas persekolahan yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari golongan B40 dan miskin,” katanya selepas Majlis Pelancaran Bantuan Kasih Murid Johor di Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Aznan memberitahu, Bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di negeri Johor berjumlah RM78.5 juta dari Kerajaan Persekutuan juga berjalan lancar dan banyak membantu ibu bapa membuat persediaan persekolahan anak-anak.

Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Johor Mohd Hanafi Samad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas Baharudin Mohamed Taib dan ADUN Johor Jaya Liow Cai Tung.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda